SEJARAH SEKOLAH / SENARAI GURU BESAR

SEJARAH SEKOLAH



Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jalan Cheras ini ditubuhkan pada tahun 1947. Pada awalnya sekolah ini beroperasi di sebuah bangunan beratap dengan memiliki 63 orang murid sekolah . Pada ketika itu keluasan sekolah ialah ½  ekar.


Guru besar pertama sekolah ini  ialah En.Sithambaram Pillai dan turut bekerjasama dengan beliau ialah En.Rajagopal dan isterinya. Pegawai-pegawai perbandaran juga memberikan sumbangan mereka untuk kemajuan sekolah pada masa itu.


Pada 1  APRIl 1950, sekolah ini dilancarkan dengan rasminya sebagai Sekolah Majlis Perbandaran. Bilangan murid bertambah menjadi 100 orang. Pada mulanya kemudahan-kemudahan asa seperti tandas, pejabat, padang, kantin dan lain-lain tidak terdapat di sekolah ini. Oleh itu pekerja am sendirinya menyediakan makanan bagi murid-murid.


Pada tahun 1956, En.V.Thangavelu menjadi guru besar sekolah ini setelah En. Sithambaram Pillai bersara. Di bawah pimpinan En.Thangavelu, sekolah ini menjadi lebih maju. Beliau memperkenalkan Radio Pendidikan Kelas di sekolah ini. Jumlah murid juga bertambah menjadi 270 orang. Ini menyebabkan penambahan guru kepada 7 orang dan seorang guru penuh masa untuk pelajaran Bahasa Malaysia telah juga dijawatkan.
Kemajuan ini telah membawa perubahan yang pesat kepada sekolah.iaitu pembinaan bangunan baru.laporan daripada pihak Jabatan  Pelajaran , penekanan daripada pegawai-pegawai perbandaran seperti En.A. Tharmalingam, Pn.T.R.Marks dan K.P.V Menon serta desakan daripada En.V.David mengakibatkan bangunan baru bagi sekolah ini. Bangunan baru dibina pada tahun 1961 dengan perbelanjaan sebanyak RM 60,000.00.Yang Berhormat A.D.York,J.M.N. , P.J.K. , OBE. MCS. Pesuruhjaya Wilayah persekutuan pada masa  itu merasmikan pembukaan 7 buah bilik darjah yang besar,sebuah pusat sumber, bilik guru serta lain-lain kemudahan disediakan dalam bangunan baru itu. Pada masa itu juga  para pengamal kristian telah membiayai makanan percuma kepada murid-murid.


Penyertaan murid ke sekolah turut bertambah menjadi 310 dan guru-guru seramai 10 orang. Rancangan Buku Hijau mula diperkenalkan. Sedikit penambahbaikan juga telah dilakukan di padang dan kawasan sekolah.


Pada tahun 1967 Lembaga Pengurus sekolah diwujudkan. Ahli-ahlinya pada masa itu ialah Yang Berhormat Abdullah Bin Haji Mohd. Yasin  I.P , En. Cheng Shih Guan, En.Ponniah, En. Gurdial Singh, En.Habak Singh, En.Palanisamy, En.Kumarasamy, En. Palanivelu, En. A. Suppiah,  En.S.P.Suppiah dan lain-lain. Lembaga Pengurus ini telah berjasa kepada sekolah ini.


Pada masa inilah dua sesi mula dilaksanakan. Juga seorang kerani sambilan dan seorang pekerja am mula berkhidmat di sekolah ini. Ramai murid mencapai keputusan yang baik dalam penilaian Darjah lima. Begitulah perkembangan sekolah sehingga En.Thangavelu bersara.


Jawatan itu dipegang oleh En.Kanniappan pada 7 JANUARI 1975. Di bawah pimpinan beliau, sekolah ini juga tidak terlepas daripada meningkatkan prestasinya. Bilangan murid bertambah menjadi 420 orang dan 16 0rang  guru. 12  kelas dijalankan, iaitu 7 kelas pada sesi pagi dan 5 kelas pada sesi petang. Kegiatan ko-kurikulum juga giat dijalankan oleh beliau.


Pada tahun 1980, Lembaga Pengurus yang baru telah dianggotai oleh Datin Indrani. Setelah En.Karuppannan. En.Francis memegang jawatan tiga tahun iaitu dari 1981-1983. Beliau telah mengiatkan semangat kesukanan dan ko-kurikulum,


Timbalan Menteri kesihatan  Yang Berhormat Datuk.K.Pathmanaban dan peguam terkemuka En.Davidasan pernah mengunjungi sekolah ini semasa majlis penyampaian hadiah.


Setelah En.Francis bertukar,   En.Kalidasan mengambil alih jawatan guru besar selama setahun. Pada pertengahan tahun1984, En.Kalidasan digantikan oleh En.R.M.Muthukaruppan. di bawah pimpinan beliau sekolah mencapai pelbagai kemajuan lagi. Pengiatan pusat sumber  dan permulaan kelas pemulihan adalah antara kegiatan aktif beliau. Seorang guru juga ditugaskan untuk mengajar kelas pemulihan. Guru kelas pemulihan ialah Pn.Rajaletchumy. persatuan dan pasukan berunifom juga bergerak di bawah teladan beliau.


Pada waktu itu juga iaitu pada 29 MEI 1988 Menteri kerjaraya Yang Berhormat Dato S.Samivelu telah melakukan satu lawatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang antara sekolah-sekolah SJKT Negeri. Pertandingan itu dianjurkan oleh para mahasiswa dengan kerjasama pihak sekolah ini. Pada ketika itu Dato S.Samivelu telah berjanji memberikan bantuan kewangan untuk  membinan bangunan tambahan.


Setelah En.Muthukaruppan bersara, Pn.Suriakumari (pemangku guru besar) mengambil alih jawatan tersebut.beliau juga telah membuat papan tanda sekolah di tepi jalan raya dan meminta pihak DBKL supaya tidak meletakkan tong-tong sampah di hadapan sekolah.


Pada Jun 1994, En.Nagappan telah ditempatkan di sekolah ini. Beliau merupakan seorang yang aktif. Dengan bantuan PIBG dan persatuan peniaga-peniaga India, beliau telah membina 3 buah lagi bilik darjah sebagai Blok B. Beliau juga telah membeli alat-alat kemudahan seperti mesin fotostat,PA sistem dan membina tembok di sekeliling sekolah dengan bantuan DBKL.


Pn.Shanmugathavamani  telah menjadi guru besar di sekolah ini pada Oktober 1996- Ogos 1997 setelah En.Nagappan bersara. Pn.Shanmuga thavamani  telah menaik taraf pejabat dan bilik guru besar dengan memasang batu jubin. Beliau juga telah membina bumbung tadahan dari blok utama ke blok kedua. Setelah ia runtuh, beliau  membina semula tembok pagar hadapan sekolah dengan bantuan JPWP.


Setelah beliau bersara, En.Periasamy @ Santhalagan ditukarkan dari SJK(T) Edinburg ke SJK(T) Cheras pada 01 OKTOBER 1999. Pada masa bertugas beliau telah mengwujudkan sebuah bilik  komputer  setelah mengadakan satu jamuan makan malam di Sentul. Hasil kutipan itu telah digunakan untuk membeli komputer dan juga baik pulih bilik komputer dan memasang penghawa dingin di bilik guru besar dan bilik komputer.


En.G.Subramaniam telah menggantikan tempat En.Periasamy setelah beliau bersara pada 10 OKTOBER 1998. En.G.Subramaniam telah menjalankan banyak projek dalam bidang kurikulum untuk menaikkan prestasi kurikulum di sekolah ini. Beliau telah bersara pada 31 DISEMBER  2003. Setelah beliau, Pn.M.Supaletchumi telah menjadi guru besar sekolah ini pada APRIL 2004.


Pn.M.Supaletchumi telah menukarkan wajah SJK(T) Jalan Cheras dengan membuat projek keceriaan sekolah. Sekolah ini menjadi lebih cantik dan menarik pada ketika ini. Beliau telah membuat kemudahan tandas yang lebih baik dan selesa untuk murid-murid dan guru-guru. Beliau juga telah berusaha untuk membina sebuah makmal  komputer di kawasan sekolah dengan bantuan KPM dan  mula beroperasi pada JUN 2007. Dengan usaha beliau, murid-murid sekolah ini dapat mempelajari ICT dan melayari laman web  dengan percuma. Beliau berkhidmat di sekolah ini sehingga March 2012.Selepas itu Pn. N. Kaveriammah telah ditempatkan di sekolah ini pada March 2012

Pn. Mariayee@Theve A/P Ramasamy  telah ditempatkan di sekolah ini pada March 2015.Beliau merupakan seorang Guru Besar yang berpengalaman luas, tegas, prihatin, tidak mengenal erti putus asa serta sentiasa memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada guru-guru dan murid-murid. Beliau juga sentiasa bersikap positif, penyayang, dan sentiasa menginginkan kecemerlangan murid-murid S.J.K.(Tamil) Jalan Cheras terutama dalam bidang akademik ,kokurikulum dan sahsiah. Sebagai Guru Besar beliau sentiasa berpegang  pada motto  “Muridku Anakku Sayang”.

Berikut adalah maklumat bilangan warga SJK(T) Jalan Cheras untuk  5 tahun berturut-turut :-


Tahun
Bilangan Guru
Bilangan Kelas
Bilangan Kakitangan Sokongan
Jumlah Murid
2007
22
13
5
303
2008
23
13
5
310
2009
23
13
6
313
2010
24
13
7
325
2011
24
13
7
326
2012
27
13
7
330



Pada Januari 1992 kelas pra sekolah telah dibuka dengan jumlah murid 25 orang, seorang  guru yang bukan beropsyen pada tahun itu dan sehingga kini guru pra sekolah yang bukan beropsyen yang sedang mengajar kelas itu. Seorang pembantu sambilan telah membantu guru pra sekolah untuk menguruskan murid. Mulai Tahun 2005, seorang pembantu pra sekolah N17 telah mula berkhidmat di sini.




SENARAI NAMA GURU BESAR (1947 - SEKARANG) 
BIL
TAHUN BERTUGAS
NAMA GURU BESAR
1
1947 – 1955
EN.SITHAMBARAM PILLAI
2
1956 - 1980
EN.V.THANGAVELU
3
1981 - 1982
EN.KANNIAPPAN
4
1983
EN.S.FRANCIS
5
1983
EN.KHALIDASS
6
1984 - 1992
EN.MUTHU KARUPPAN
7
1993
PN.SOORIYAKUMARI (PEMANGKU)
8
1994 - JUN 1996
EN.P.NAGAPPAN
9
OKT1996 – OGOS 1997
PN.SHANMUGA THAVAMANI
10
1997 - 1998
EN.M.PERIA SAMY
11
OKT 1998 – DIS 2003
EN.G.SUBRAMANIAM
12
 APR 2004 – MAC 2012
PN.M.SUPALETCHUMI
13
14
MAC 2012 - MAC 2014
MAC2014-SEKARANG 
PN.N. KAVERIAMMAH
PN.R.MARIAYEE@THEVE